PENGETAHUAN BERSAMA TENTANG TABU DALAM MASYARAKAT SILANG BUDAYA SEBAGAI JAMINAN KESANTUNAN BERBAHASA

Main Article Content

Hasmidar Hassan
Radiah Yusoff
Nur Sharina Sahar

Abstract

Tabu atau pemali ialah bentuk pantang larang yang wujud atas sebab faktor adat, budaya dan kepercayaan. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan etnik, banyak maklumat tabu, khususnya tabu bahasa yang tersimpan dalam kalangan kaum atau etnik itu sendiri dan tidak diketahui oleh masyarakat luar. Akibatnya, penggunaan tabu yang tidak disengajakan oleh mana-mana penutur kepada lawan tuturnya atas sebab tiadanya maklumat yang mendalam tentang tabu bahasa, mengundang ancaman air muka dan penutur dianggap tidak santun dalam berbahasa. Justeru, satu kajian yang bertujuan untuk menjelaskan pengetahuan bersama (mutual/shared knowledge) tentang tabu bagi memastikan penggunaan bahasa yang santun oleh penutur diketengahkan. Dengan menggunakan kaedah kajian lapangan, iaitu temu bual, data tentang tabu yang diperoleh daripada beberapa responden di Tawau, Sabah dianalisis berdasarkan idea pengetahuan bersama oleh Sperber dan Wilson (1995). Pengetahuan bersama tentang tabu dalam masyarakat silang budaya akan menjamin komunikasi yang santun antara pengguna bahasa.

Downloads

Download data is not yet available.

Article Details

How to Cite
Hassan, H. ., Yusoff, R., & Sahar, N. S. . (2021). PENGETAHUAN BERSAMA TENTANG TABU DALAM MASYARAKAT SILANG BUDAYA SEBAGAI JAMINAN KESANTUNAN BERBAHASA. JURNAL MELAYU SEDUNIA, 4(1), 42–74. Retrieved from https://mojc.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34273
Section
Articles